1. Pada 15 tahun yang lalu, seorang anak kecil perempuan
berusia 5 tahun melangkah kaki masuk ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). PASTI
At Tawheed yang terletak di Taman Jasa Utama Batu Caves Gombak menjadi pilihan
keluarga adik Farihah Zulkifli. Bermula sebagai seorang pelajar PASTI serta
berjaya meneruskan pelajarannya dengan sempurna. Masa berlalu dengan begitu
pantas. Kini usianya menjangkau 21 tahun.
2. Dengan bermula di PASTI menyusuri hidup sebagai seorang
pelajar yang menghafaz surah-surah lazim, hadis-hadis pilihan, kini beliau
telah pun menghafaz 30 juzuk Al Quran dan telah berjaya dinobatkan sebagai
Johan Hafizah Kebangsaan 2016. Tahniah Adik Farihah!! Secara tidak langsung
kecemerlangan yang dicapai ini ianya bermula di pra sekolah PASTI lagi.
3. Rekod cemerlang adik Farihah Zulkifli yang merupakan
lepasan pra sekolah di PASTI bukan perkara baru, bahkan “treck record”
kecemerlangan ini di rintis oleh setiap anak-anak keluaran PASTI. Pada 2 tahun
lepas pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seluruh Malaysia di
sandang oleh Adik A’yyash Zakaria yang jugak dari Gombak yang ketika ini sedang
menuntut di Universiti Al Azhar Mesir jugak merupakan lepasan PASTI.
4. Warga PASTI samada dikalangan para pelajar, para guru,
para ibu bapa, para penyumbang dan teristimewa kepada Parti Islam SeMalaysia
PAS itu sendiri yang menekankan aspek pendidikan sehingga melahirkan aset
generasi cemerlang dan pelapis negara pada masa akan datang seharusnya
berkongsi rasa bangga di atas kejayaan ini.
5. Bagi pihak PASTI Negeri Selangor saya ucapkan alfun
mabruk pada adik Farihah dan tahniah kepada kedua ibu bapanya yang mempunyai
permata yang bersinar. Saya mohon kita sama-sama berdoa agar PASTI terus maju
dan melahirkan lebih ramai lagi seperti adik Farihah di tanah air tercinta ini.
Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Pengarah PASTI
Dewan Pemuda PAS Selangor
29 Februari 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan