Sabtu, 9 Julai 2016

SELAMAT HARI GURU UNTUK GURU PASTI AL JIHAD


Selamat menyambut Hari Guru diucapkan kepada seluruh guru PASTI di Malaysia amnya dan di Machang khususnya dan semua warga Pendidik ..Semoga Allah Menganugerahkan kekuatan kepada kalian semua di dalam melaksanakan tugas , tanggungjawab dan amanah yang diberikan ... Mudah2an segala urusan guru semua dipermudahkan dan diberkati .... Terima Kasih Cikgu Atas Jasa & Pengorbanan Kalian Semua ... Thank You Teacher ... شكرا لكم يا أساتذة واستاذات

Selamat Hari Guru 2016 🌹

"Jadi guru itu tidak usah punya niat bikin pintar orang. Nanti kamu hanya marah-marah ketika melihat muridmu tidak pintar. Ikhlasnya jadi hilang. Yang penting niat menyampaikan ilmu dan mendidik yang baik. Masalah muridmu kelak jadi pintar atau tidak, serahkan pada Allah. Didoakan saja terus menerus agar muridnya mendapat hidayah."
-Kyai Haji Maemun Zubair


PASTI Al Jihad, Kg Kolam Abu Menerima Anugerah Pelajar Teramai Bagi Kawasan Machang 2016 Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Kali Ke 48




Rabu, 13 April 2016

10 PESANAN BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Kejayaan Di Penghujung Tahun 2015

Alhamdulillah, PASTI Al Jihad, Kg Kolam Abu mengakhiri tahun 2015 dengan penuh bergaya,,,setelah menerima 2 anugerah sempena majlis konvokesyen pasti kawasan machang di markaz dewan ulama' pas kelantan (madu), batu 23,,,2 orang pelajar kami menerima anugerah daripada yb dato' dr mohamed fadzli b. dato hj hassan (exco kerajaan negeri kelantan),,,iaitu adik amsyar (anugerah tokoh pelajar 2015) dan adik husna (anugerah pelajar perempuan cemerlang 2015),,,semoga kejayaan sentiasa bersama anda berdua di dunia dan di akhirat...

macam malu jer adik amsyar nie,,hihi,,,tahniah
(bersama keluarga tersayang)

serius jer adik husna nie,,hihi

tahniah semua,,,semoga menjadi anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat

Makna Logo PASTI


KENALI PASTI

Visi & Misi 

VISI

Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting 

MISI 

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.

OBJEKTIF

1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderong melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.
4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.